Kata-kata Hikmah

Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu.
( maksud hadis ).
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar.
(pepatah Melayu).
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Sekolah Agama Tmn Sri Lambak...tempat mencari rezeki, tempat mencurah ilmu, tempat menimba ilmu dan tempat suka duka kehidupan. Sahabat yang sejati...rakan ketawa dan menangis ada disini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Alhamdulillah...hari ini bertambah satu lagi ilmu...belajar membuat blog...ok laaa walaupun bnyak arahan yang perlu diikut, tapi berjaya menghasilkan dengan seadanya...sikit masa lagi canggih ar kot blog ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Inilah permata hati ibu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Puisi dari hati seorang guru

Telah tiba saat waktu di takdirkan kita bersama.
kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan.
gembira rasa hati ini bila melihatkan
wajah-wajahmu yang menceriakan.
tulus ikhlasmu,luhur akhlakmu bagai tiada peganti.
senyum tawamu juga usahamu menghiburkan kami.
kenangan indah setiap hari terus bersemadi.
kaulah muridku,kau permata hati.
Ya allah jadikanlah mereka insan mulia,
insan yg taat perintah agama.
wahai muridku..bangkitlah dalam perjuangan ini..
walaupun nanti ku tiada di sisi..
perjuangan ini masih jauh beribu batu..
selagi ruh masih dijasad,ilmu harus dicari,
sedih rasa hati ini bila mengenangkan.
andai kau masih lalai dan leka..
Ya Allah,hadir kami bukan tuk dihargai.
bukanlah pula untuk disanjungi malah bukan untuk disakiti..
sekadar mengisi ruang di hati..
moga bahagia dan berjaya dikau akhirnya..
setangkai doa juga harapan terus ku kirimkan...
moga akhirnya dikau bersama para solihin..
kaulah muridku..kau permata hati..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS