- Mengurus dan mengawal hal ehwal murid yang berkaitan dengan maklumat peribadi.
- Mendidikdan mengasuh murid-murid menjadi seorang yang berilmu,beriman dan bertaqwa.
- Memastikan murid-murid mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Mengawal tingkah laku murid agar hidup berlandaskan ajaran islam.
- Mengurus dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah.
- Merancang program-program yang membina jati diri sebagai umat islam yang berkualiti.
- Memberi khidmat nasihat dan motivasi sebagai peransang kepada murid untuk belajar.
6. MOTTO SEKOLAH : BERILMU, BERAMAL DAN BERTAQWA
7.VISI SEKOLAH : MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERAKHLAK DAN
BERTAQWA
8. MISI SEKOLAH : Membina kemahiran bersosial secara islam dan menyediakan asas
pembinaan diri yang mantap dan berkualiti dari aspek fardhu ain dan
fardhu kifayah berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Sekolah Agama Taman Sri Lambak mula ditubuhkan pasa o1 bulan Januari 1997 yang dahulunya dibangunkan dengan hanya menyewa sebuah rumah kos rendah yang terletak di Jalan Semangat, Taman Sri Lambak Kluang.
Menyorot sejarah awal sekolah ini, era kebangkitan bermula pada zaman guru besar yang pertama iaitu Ustaah Hjh Asnah bte. Ahmad (sesi pagi) dan Usazah Rokiah binti Yusuf (sesi petang). Hanya dua orang tenaga pengajar dengan jumlah pelajar seramai 110 orang pada masa itu.
Pada bulan Januari 1999, penduduk tempatan dan KEJORA Taman Sri Lambak telah mengambil enisiatif untuk membina sebuah bangunan sekolah ( kayu) yang baru kerana jumlah murid kian bertambah iaitu seramai 160 orang dengan 4 orang tenaga pengajar.
Masa terus berlalu, jumlah murid kian hari kian bertambah, maka pada Bulan Januari 2001, warga Sekolah Agama Taman Sri Lambak telah berpindah ke Bangunan Sekolah Agama Kerajaan Johor yang baru siap dibina ketika itu.
Bermula pada tahun itu tenaga pengajar mula bertambah sejajar dengan pertambahan murid dan tampuk pemerintahan juga telah bertukar serta corak pentadbiran juga telah berubah dari masa ke semasa. Guru Besar yang ketiga ialah Ustaz Rosli bin Ahmad Rafaie dan beliau telah bertugas di Sekolah Agama Taman Sri Lambak sehingga tahun 2001.
Guru Besar seterusnya ialah Ustaz Ismail bin Hj. Mustari. Bak kata pepatah, lain hulu lain pedang, lain dahulu lain sekarang. Organisasi pentadbirannya mula mendapat idea baru seiring dengan kepesatan dunia pendidikan yang kian mencabar. Pelbagai peraturan telah dicipta, pelbagai strategi cuba diatur, pelaksanaan sentiasa disusun, hasilnya...kejayaan cemerlang sekolah dalam ko-kurikulum yang membanggakan pada waktu itu dinikmati bersama.
Guru Besar kelima ialah Ustaz Mazehan bin Musa yang telah berkhidmat di sekolah ini selama tiga tahun bermula daripada tahun 2006 hingga tahun 2009.
Hingga hari ini, Sekolah Agama Taman Sri Lambak yang berada dibawah pentadbiran guru besar yang keenam iaitu Ustazah Hjh. Asnah binti Ahmad, akan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam memastikan hasrat " S.A.T.S.L terus unggul ". Semoga warga Sekolah Agama Taman Sri Lambak akan sentiasa berganding bahu dan bersatu hati di dalam membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
June 8, 2021 at 8:16 PM
Ustazah xde tulis blog lagi?